Penuntun Hati saya InshaAllah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 July 2018

Berikan Aku Ruang

Wahai hati jadilah sekuat HULK, janganlah kau rapuh seperti pasir bila mana di hempas kau terus beralih arah. Wahai diri kembalikan semangatku semula, sesungguhnya diri ini lemah untuk menghadapi segala aturcara kehidupan. Runtuhnya satu kepercayaan membuatkan hati ini terus hanyut bersama ombak. 

Satu demi satu kisah menyelam masuk mengganggu layar kehidupanku serta membuatkan aku berasa keliru dengan masa lalu. Bertahun-tahun aku mencari kekuatan untuk mengulangi cerita hati ini, aku hampir berjaya tapi mengapa muncul semula perkara yang aku benar takutkan iaitu untuk memilih antara cinta atau sayang atau suka atau OBSES. Kekeliruan ini tidak dapat aku tolak atau terima, umpama menjerat diri sendiri.

Perasaan sayang masih belum hilang, bahkan mendesak aku untuk terus merasai perasaan itu. Perasaan yang indah membuatkan hatiku menanggung sengsara. Kepercayaanku masih kabur, masih belum terlihat jelas. Berikan aku semangat wahai Pencipta, kuatkan aku dari berharap pada yang tidak pasti selain diri-Mu.

Monday, 30 July 2018

Hi 2018

Assalamualaikum.
Akhirnya muncul juga setelah bertahun-tahun meninggalkan dunia 
blogger. Harap skill untuk menaip mengarang cerita masih ada ☺. Now i'm 22 years.
Alamak dah semakin tua lah macam ni saham makin turun ke makin naik? 
Fikir sendiri ✌.

Sebenarnya tak ada pun yang nak dikongsi, saja godek-godek blogger sebab teringgin 
nak menulis balik. Adalah juga buat akaun blogger baru tapi tak best macam yang lama 
punya. Itu pasal juga yang patah belakang cari blogger ni semula. Akhirnya jumpa juga
jalan keluar walaupun dah berkali-kali mencuba sampai tergerak hati buat akaun baru.

Take note :-
Sejauh mana pun kita pergi, menulis adalah cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu perkara 
yang tidak mampu terungkap dengan kata-kata.