Penuntun Hati saya InshaAllah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 July 2018

Berikan Aku Ruang

Wahai hati jadilah sekuat HULK, janganlah kau rapuh seperti pasir bila mana di hempas kau terus beralih arah. Wahai diri kembalikan semangatku semula, sesungguhnya diri ini lemah untuk menghadapi segala aturcara kehidupan. Runtuhnya satu kepercayaan membuatkan hati ini terus hanyut bersama ombak. 

Satu demi satu kisah menyelam masuk mengganggu layar kehidupanku serta membuatkan aku berasa keliru dengan masa lalu. Bertahun-tahun aku mencari kekuatan untuk mengulangi cerita hati ini, aku hampir berjaya tapi mengapa muncul semula perkara yang aku benar takutkan iaitu untuk memilih antara cinta atau sayang atau suka atau OBSES. Kekeliruan ini tidak dapat aku tolak atau terima, umpama menjerat diri sendiri.

Perasaan sayang masih belum hilang, bahkan mendesak aku untuk terus merasai perasaan itu. Perasaan yang indah membuatkan hatiku menanggung sengsara. Kepercayaanku masih kabur, masih belum terlihat jelas. Berikan aku semangat wahai Pencipta, kuatkan aku dari berharap pada yang tidak pasti selain diri-Mu.

No comments:

Post a Comment